Selepas 128 hari, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik,urea,toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan samada melalui bersenam,mandi wap dan BEKAM.Sel darah ini akan diganti dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasa oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu,letih,kebas kaki dan tangan,pening,cepat marah,cepat bosan,murung,mudah mengantuk dan mudah pitam. Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusannya berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
Mukadimah
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dzat yang tidak menurunkan suatu penyakit, kecuali bersamanya disertakan pula ubatnya. Shalawat dan salam semoga tercurah kepada sebaik-baik Nabi dan penghulu para Rasul, Muhammad, para shahabat, keluarga, dan kepada seluruh kaum muslim yang mengikutinya hingga akhir zaman. Amiin
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit,maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."
(HR.MUSLIM)
''Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'."
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit,maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."
(HR.MUSLIM)
''Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'."
Khamis, 17 April 2014
Selasa, 15 April 2014
Kesan sampingan berbekam
Adakah terdapat kesan sampingan yang terjadi akibat bekam, pada beberapa pesakit dimana syarat pembekaman kurang terpenuhi,kadang-kadang muncul efek samping berupa mual/muntah (jika terlalu dekat jaraknya dengan makan < 2 jam selepas makan),lemas (jika pembekaman terlalu banyak titik ),keluar biji/gelembung (jika pembekaman terlalu lama dan kekuatan sedutan terlalu kuat). Adapun jika dilakukan sesuai mengikut aturan maka kesan sampingan tersebut jarang sekali terjadi. Orang yang ditangguhkan pembekamannya adalah: Wanita hamil (pada daerah perut),wanita menstruasi dan nifas, orang yang sedang mengamal ubat pencair darah,sedang cuci darah,baru melakukan derma darah,penderita dengan kondisi yang sangat lemah dan tekanan darah sangat rendah,serta orang yang sedang kelaparan/kekenyangan/gugup (fobia).
Penyakit apa saja yang dapat diubati dengan bekam?
Thomas W.Anderson telah menulis sebuah buku berjudul 100 Diseases Theated by Cupping Methode. Beberapa di antara penyakit yang berespon cukup baik dengan Terapi bekam adalah Hipertensi,hiperuricemia (Gout/Pirai) hiperkolesterolemia,stroke,parkinson,epilepsy,migrain,vertigo,gagal gingal,varses,buasir (hemoroid),dan semua keluhan sakit (rematik,ischialgia/sciatia,sakit pinggang bawah),penyakit darah ( leukemia,thalasemia),tinnitus,asma,alargi,penyakit sistem imun ( SLE,HIV), infeksi ( Hepatitis,elefantiasis),Glaukoma,Insomnia,enuresis/kencing malam,mania,skizofren dan trans ( gangguan sihir/jin),dll.Begitu juga bekam untuk keseburan (fertilitas) dan kecantikan (menghilangkan jeragat,komedo,vitiligo,menurunkan berat badan,dll).
Siapa saja yang boleh dibekam
Dalam ligkungan umur berapa? Semua orang boleh dibekam pada lingkungan umur 4 tahun keatas,yang penting pesakitnya boleh berkerjersama. Pada orang tua yang sudah uzur, ibu mengandung dan anak-anak pembekaman dialkukan dengan hati-hati, dengan sayatan yang nipis,tekanan cup yang ringan dan titik bekam yang terbatas.
Cara Bekam Darah
Cara melakukan Bekam:Mempersiapkan semua peralatan yang sudah disterilkan alat sterilizer standart. Mulai dengan doa dan mensterilkan bahagian tubuh yang akan dibekam (misalnya iodin dsbnya) Diteruskan dengan penghisapan kulit menggunakan "Cup/gelas" bekam,kekuatan penghisapan pada setiap pesakit berbeza-beza. Lama penghisapan selama 5 minit, tindakan ini sekaligus berfungsi sebagai Anestesi (pembiusan) lokal.Diutamakan mendahulukan bahagian tubuh sebelah kanan dan jangan melakukan penghisapan lebih dari 4 titik bekam sekaligus. Dengan menggunakan pisau bedah standart kemudian dilakukan syartoh/penyayatan (jumlah sayatan 5 - 15 untuk satu titik bergantung diameter cup yang digunakan,panjang sayatan 0.3 - 0.5 cm tipis dan tidak boleh terlalu dalam, dilakukan sejajar dengan garis tubuh. Salah satu tanda bahawa sayatannya baik adalah sesaat setelah disayat , kulit tidak menguluarkan darah akan tetapi setelah disedut dengan cup maka darahnya baru keluar. Lakukan penghisapan kembali dan biarkan "darah kotor" mengalir di dalam cup selama 5 minit. Bersihkan dan buang darah yang tertampung dalam cup dan jika perlu lakukan penghisapan ulangan seperti tadi. Tidak boleh dilakukan pengulangan sayatan. Bersihkan bekas luka dan sapukan minyak kelapa dara atau habbatus sauda yang steral. Umumnya bekas bekam akan hilang setelah 2 - 5 hari. Ucapkan Alhamdulillah dan rasakan keajaiban "mukjizat" pengubatan bekam. Setiap pesakit dianjurkan untuk memiliki alat bekam sendiri. Cup/alat bekam tidak boleh digunakan untuk pesakit lain pada pengidap hepatitis,ODHA,dan penyakit menular lainnya. Ada sekitar 12 titik utama yang disebut dalam hadith,selebihnya merupakan pengembangan dari itu. Beberapa ahli bekam juga menggunakan titik akupuntur untuk dilakukan pembekaman sedangkan yang lainnya menggunakan pendekatan anatomi organ tubuh dan patofisology suatu penyakit. Bahagian tubuh yang dibekam diantaranya adalah Titik di kepala (UmmuMughits,Qomahduwaah,Yafukh,Hammah,dzuqn,udzun,) Leher dan punggung ( Kaahil,alakhda'ain,alkatifin,naqroh,munkib), Kaki ( Wirk,Fakhd,Zhohrul qodam,iltiwa') dan lain sebagainya.
Sejarah bekam
Hijamah/bekam/cupping/blood letting/cup/chantuk dan banyak istilah lainnya sudah dikenal sejak zaman dulu,iaitu kerajaan sumeria,kemudian terus berkembang sampai Babilonia, Mesir kuno , Saba dan Farsi. Pada zaman Rasulullah,beliau menggunakan tanduk kerbau atau kambing,tulang unta,gading gajah.Pada zaman China kuno mereka menyebut hijamah sebagai"perawatan tanduk"kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 ( abad ke -13 Hijriyah),orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada suatu masa,40 juta lintah diimpot ke negara Perancis untuk tujuan itu. Jadi bila digigitkan pada tubuh manusia,dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang,ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh mengakhiri upacara hijamahnya. Seorang herbalis Ge Hong (281 - 341M ) dalam bukunya A handbook of Prescription for Emergencies menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut tehnik"jiaofa",sedang di masa Dinasti Tang,bekam dipakai untuk mengubati TBC paru-paru.Pada kurun abad ke - 18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah (al'alaq) sebagai alat untuk bekam (dikenali dengan istilah Leech Therapy) dan masih dipraktikkan sampai sekarang.Kini pengubatan ini dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang praktik dan efektif .Disebut oleh Curtis N,J (2005),dalam artikal Management of Urinary tract Infections:historical perspective and current strategies: Part 1- before antibiotics. Journal of Urology. 173(1):21-26, January 2005. Bahawa catatan Texbook Kedoktoran tertua Ebers papyrus yang ditulis sekitar tahun 1550 SM di Mesir kuno menyebut masalah Bekam. Hippocrates (460-377 SM) Celsus (53 SM-7 M),Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk pengubatan di zamannya. Dalam melakukan teknik pengubatan tersebut, jumlah darah yang keluar cukup banyak,sehingga jarang pesakit pengsan. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Romani,Yunani,Byzantium dan Itali oleh rahib yang meyakini akan kebesaran dan khasiatnya.
Isnin, 14 April 2014
Bekam adalah metod pengubatan
Bekam adalah metod pengubatan dengan cara mengeluarkan darah statik yang mengandungi toksin dari dalam tubuh manusia. Berbekam dengan cara melakukan pemvakuman di kulit dan pengeluaran darah darinya. pengeritian ini merangkumi dua mekanisme pokok dari bekam, iaitu proses pemvekuman kulit dan dilanjutkan dengan pengeluaran darah dari kulit yang divakum sebelumnya.
Dalam bahasa Jawa disebut catuk atau kop,di Sumbawa dan sekitarnya di sebut tangkik atau batangkik.
Dalam bahasa Arab disebut hijamah. Dalam bahasa Inggeris disebut blood cupping atau blood letting atau cupping therapy atau blood cupping therapy atau cupping therapy. Dalam bahasa Mandarin dusebut pa hou kuan. Di Asia tenggara (Malaysia dan Indonesia) dikenali dengan sebutan bekam.
Dalam bahasa Jawa disebut catuk atau kop,di Sumbawa dan sekitarnya di sebut tangkik atau batangkik.
Dalam bahasa Arab disebut hijamah. Dalam bahasa Inggeris disebut blood cupping atau blood letting atau cupping therapy atau blood cupping therapy atau cupping therapy. Dalam bahasa Mandarin dusebut pa hou kuan. Di Asia tenggara (Malaysia dan Indonesia) dikenali dengan sebutan bekam.
Langgan:
Catatan (Atom)