Mukadimah

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dzat yang tidak menurunkan suatu penyakit, kecuali bersamanya disertakan pula ubatnya. Shalawat dan salam semoga tercurah kepada sebaik-baik Nabi dan penghulu para Rasul, Muhammad, para shahabat, keluarga, dan kepada seluruh kaum muslim yang mengikutinya hingga akhir zaman. Amiin
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit,maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."
(HR.MUSLIM)
''Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'."

Isnin, 14 April 2014

Bekam adalah metod pengubatan

Bekam adalah metod pengubatan dengan cara mengeluarkan darah statik yang mengandungi toksin dari dalam tubuh manusia. Berbekam dengan cara melakukan pemvakuman di kulit dan pengeluaran darah darinya. pengeritian ini merangkumi dua mekanisme pokok dari bekam, iaitu proses pemvekuman kulit dan dilanjutkan dengan pengeluaran darah dari kulit yang divakum sebelumnya.
Dalam bahasa Jawa disebut catuk atau kop,di Sumbawa dan sekitarnya di sebut tangkik atau batangkik.
Dalam bahasa Arab disebut hijamah. Dalam bahasa Inggeris disebut blood cupping atau blood letting atau cupping therapy atau blood cupping therapy atau cupping therapy. Dalam bahasa Mandarin dusebut pa hou kuan. Di Asia tenggara (Malaysia dan Indonesia) dikenali dengan sebutan bekam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan